ADOBE DREAMWEAVER
Adobe
Dreamweaver,
dulunya dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver ialah atur cara
penyunting HTML yang diperkembangkan oleh Macromedia (kini diambil alih oleh
Adobe). Ia merupakan sistem penyuntingan yang menggabungkan daya pengeluaran
WYSIWYG (What You See Is What You Get) dengan kuasa pengawalan kod HTML.
Penggabungan ini adalah unik pada keakhiran 1990-an dan menyebabkan
penggunaannya secara meluas. Ia sekarang terdapat dalam versi Macintosh serta
Windows, dan memegang lebih kurang 80 peratus daripada pasaran atur cara
penyunting HTML yang profesional. Versi yang terkini adalah "Dreamweaver
8". Dreamweaver telah menerima beberapa anugerah, termasuknya
"Persembahan Terbaik di Dunia Internet" ("Best Show at the
Internet World"), pemeringkatan lima-tikus yang berprestij daripada
DuniaMac (MacWorld), serta "Atur Cara Web Tahunan Yang
Terbaik" daripada "Majalah PC" (PC Magazine)...
Ciri-ciri
Dreamweaver yang terbaik termasuk kod HTML yang kemas serta sokongan kepada
pilihan-pilihan HTML yang terbaru (seperti HTML Dinamik dan gaya sunting melata
(cascading style sheet (CSS)). Dreamweaver juga mempunyai atur cara
penyunting teks yang bersepadu serta penyahpepijat JavaSkrip. Ia menyepadukan
BBEdit (atur cara HTML yang terpopular bagi Macintosh) dan Homesite (untuk
Windows) dengan sekitaran reka bentuk WYSIWYG yang mudah diguna. Mengulang alik
antara Dreamweaver dan atur cara penyunting teks senang sahaja, dan
pengguna-pengguna dapat menikmati faedah daripada kedua-dua situasi sekiranya
mereka masih suka bekerja dengan kod HTML pada sebahagian masa.
Sekitaran
reka bentuk grafik Dreamweaver mempergunakan palet dan tetingkap untuk
membolehkan pengguna-pengguna yang baru mula belajar bagi mencipta tapak Web
atasan yang merangkumi ciri-ciri seperti animasi, borang interaktif dan
penyelesaian e-perdagangan, walaupun mereka tidak memahami HTML. Dreamweaver
membenarkan pengguna memilih kebanyakan pelayar untuk melihat paparan tapak
web. Ia juga mengandungi alatan pengurusan tapak untuk pengguna baru, seperti
keupayaan mencari dan mengganti garis-garis teks ataupun kod dengan apa jua
parameter yang ditentukan. Panel perjalanan (behaviors panel) juga
membenarkan penciptaan JavaSkrip yang asas tanpa pengetahuan pengekodan. Dengan
penciptaan versi MX, Macromedia menggabungkan alatan-alatan penciptaan
kandungan dinamik ke dalam Dreamweaver. Selaras dengan semangat alatan-alatan
WYSIWYG HTML, ia membenarkan penguna untuk mengaitkan kepada pangkalan data
(seperti MySQL) untuk menapid and memaparkan kandungan dengan menggunakan
teknologi skrip seperti PHP, ASP dan ASP.net, tanpa pengalaman pengaturcaraan
yang terdahulu.
Fungsi
utama Adobe Dreamweaver
adalah untuk membuat desain web, pemrogram, dan pengembang aplikasi dari semua
tingkatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar